GANGGUAN ANJING LIAR
WAKAF BAHARU, KELANTAN: Anjing
adalah bukan haiwan peliharaan mahupun haiwan jinak yang patut dibela oleh
orang-orang Islam. Tetapi haiwan ini boleh dijadikan pengawal khusus untuk
menjaga kebun atau ladang buah-buahan, kelapa sawit dan sebagainya.
Sebut saja anjing, ada orang yang
agak takut dengannya. Bahkan ada juga yang tidak hairan dengan kemunculan
anjing-anjing di jalanan kerana mereka boleh menyebabkan anjing-anjing itu lari
bertempiaran tidak cukup tanah.
Kaedah menghalau anjing agak
mudah. Caranya, apabila bertembung atau dikejar anjing, duduklah di tanah
serta-merta sambil cuba
mengambil dan menggenggam sesuatu. Apabila anjing terlihat situasi seperti itu,
haiwan berkenaan akan cabut lari. Ini kerana, jika haiwan itu masih tunggu di
situ, sudah tentu haiwan berkenaan menerima akibatnya.
Pada masa dulu, kalau anjing
masuk kampung atau mengganggu haiwan ternakan seperti ayam dan kucing, siaplah
anjing itu menjadi buruan. Kadang-kadang haiwan itu ditemui mati atau dibutakan
matanya. Sejak itu, anjing-anjing berkenaan begitu fobia untuk masuk ke lokasi
yang dimaksudkan. Tetapi kini, anjing memang seekor anjing yang kadang-kadang
boleh mengganggu kerana tiada siapa yang ambil tahu hakikat seekor anjing,
sehinggalah kejadian yang berlaku di Jalan Hulu Stesen, Wakaf Baharu sejak
setahun lalu (tahun 2015).
Menurut seorang penduduk, Nurul
Iyliana Mohd. Shukri, 24, dari Jalan Hulu Stesen dekat sini yang sudi berkongsi
cerita tentang kejadian gangguan anjing di kawasan laluan dan kediamannya itu
berkata, kejadian gangguan anjing itu berlaku di kawasan itu sejak setahun lalu
(tahun 2015).
“Ada penduduk kampung ini telah membuat
laporan, tetapi diketahui anjing itu mempunyai lesen. Selepas itu, anjing itu
kemudiannya didapati melahirkan anak dan kini semakin bertambah”, ujar Nurul
Iyliana ketika ditemui Wartawan RELATIF, Azmi Mohd. Salleh di kediamannya.
Katanya menambah, anjing yang
dimaksudkan adalah kira-kira empat (4) ekor. Anjing-anjing itu dikatakan
mengganggu kanak-kanak sekolah. Ditanya tentang lesen anjing yang dipamerkan di
leher anjing, menurut Nurul, dia hanya melihat anjing yang berlesen itu
hanyalah dua (2) ekor sahaja. Sementara dua ekor lagi tiada dan anjing-anjing
berkenaan bebas ke sana
ke mari.
“Nurul tidak pasti tentang
anjing-anjing yang muncul di jalanan itu. Nurul lihat ada tiga ekor yang muncul
di laluan itu dan anjing itu agak besar juga”, ujarnya apabila diminta
menjelaskan tentang kemunculan anjing-anjing terbabit.
Menurut Nurul Iyliana, di antara
gangguan yang disebabkan anjing-anjing pengacau itu apabila sampah-sampah yang
dilonggokkan dalam tong sampah di hadapan rumah, anjing-anjing berkenaan akan
menyelerakkan di luar tong seolah-olah mencari makanan. Kadang-kadang
anjing-anjing berkenaan menunjukkan muka kepada kanak-kanak yang lalu-lalang
sehingga menakutkan kanak-kanak itu dengan wajah bengis anjing. Situasi
seumpama ini seolah-olah anjing-anjing itu cuba menakut-nakutkan kanak-kanak
terbabit.
Katanya lagi, selain gangguan
yang disebabkan anjing itu, ada anjing-anjing tersebut yang pernah meratah ayam
hidup-hidup. Dalam masa setahun itu, kira-kira enam kali anjing berkenaan yang
mengorbankan ternakan penduduk kampung (ayam). Bukan itu saja, anjing-anjing
berkenaan juga pernah menakurkan-nakutkan dan mengejar kucing yang keluar rumah
dan apabila terserempak dengan bajingan anjing itu, kucing terpaksa lari
lintang-pukang.
Tambah Nurul Iyliana, penduduk di
kampung terbabit pernah melaporkannya kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan
(JPH) tentang anjing-anjing itu. Namun, apabila pihak JPH membuat siasatan
dengan menemui pemilik anjing itu didapati mempunyai lesen. Sejak itu, tiada
tindakan dari JPH lagi. Katanya, aduan yang dimaksudkan adalah dalam tempoh
yang sebelumnya telah dibuat.
Dia tidak pasti aduan yang dibuat
itu bagaimana, namun dilihat pihak JPH pernah datang membuat pemantauan tentang
anjing-anjing itu sebelumnya. Cuma, menurut penilaian penduduk kampung
berkenaan mendakwa, aduan yang dibuat seolah-olah diabaikan.
Sememangnya menurut Nurul, dengan
kemunculan anjing-anjing berada di jalanan dan tiba-tiba keluar dari semak
berhampiran amat mencemaskan penduduk kampung itu. Kanak-kanak yang pastinya
menjadi mangsa ditakutkan anjing akan sentiasa berhati-hati agar tidak
bertembung dengan anjing-anjing yang tidak berguna itu. Apapun, sampah yang
dilonggokkan di dalam tong yang sering menjadi mangsa diselerakkan
anjing-anjing yang seolah-olah kelaparan mencari makanan.
Walau bagaimanapun, haiwan yang
bahaya patut tidak berada di kawasan umum apatah lagi anjing yang sememangnya
haram bersentuhan dengan orang-orang Islam. Itu anjing-anjing yang sering
muncul di Jalan Hulu Stesen, Wakaf Baharu. Kalau muncul di tempat lain, sudah
tentu anjing-anjing itu mati bergelimpangan dihenyak penduduk jika mengganggu
seperti itu.
Sementara, pemilik-pemilik anjing
perlu mengawal haiwan mereka itu dari berkeliaran sekiranya haiwan itu milik
mereka. Sementelah pula, anjing-anjing gelandangan yang hidup terbuang sekadar
mencari makanan dari longgokkan sampah yang dibuang, Jabatan Perkhidmatan
Haiwan (JPH) tidak patut berdiam diri kerana hal ini adalah tugas mereka. Nanti
suatu ketika ada mangsa gigitan anjing liar atau anjing gila baharulah mula
ambil tindakan.
Nurul Iyliana Mohd. Shukri.
Nurul Iyliana ketika menceritakannya kepada Wartawan RELATIF.
Anjing-anjing itu berkeliaran dan menyusuri lorong ini.
Kadang-kadang mengganggu dan menyelongkar tong sampah yang diletakkan di
tepi jalan. Anjing ini keluar dari semak yang berhampiran.
Tempat longgokan dan buangan sampah
sering menjadi minat anjing-anjing itu sehingga menakutkan penduduk
berhampiran untuk membuang sampah.
Tonton Video:
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan