RELATIF: Majalah Maya Terbaik . Berita . Rencana . Wawancara . Foto . Paparan Eksklusif . Sebuah Karya Ilmiah dan Akademik . Berita dan Rencana Mencakupi Pelbagai Bidang . Editor: Azmi Mohd. Salleh

Sabtu, 30 Januari 2016

Nahas Tahun Baharu 2016


NAHAS TAHUN BAHARU 2016


PASIR MAS, KELANTAN: Pemanduan yang tidak berhemah, memandu laju dan tiada tumpuan ketika memandu sering kali mengundang petaka nahas. Akibat satu pihak cuai ketika memandu akan mengundang padah kepada orang lain dan orang lain yang tiada kena mengena dalam situasi begitu terpaksa menerima akibatnya. Tetapi itulah hakikat yang terjadi.

Kejadian nahas tahun baharu yang berlaku pada 1 Januari, 2016  lalu boleh memberikan gambaran tentang hakikat itu. Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Banggol Chicha, Pasir Mas mangsa dikatakan sedang menukar tayar keretanya yang telah pancit di tepi laluan umum kampung itu. Dengan tidak semena-mena sebuah kereta lain merempuh mangsa dan mangsa meninggal di tempat kejadian.

Syukurlah kesemua anak-anaknya telah dipindahkan ke tempat teduh dan selamat di sebuah “bangsal” sebelum kejadian itu. Jika anak-anaknya dibiarkan masih di dalam kereta, sudah tentu anak-anak mangsa juga akan mengalami situasi yang sama.

Menceritakan kejadian berkenaan kepada Wartawan RELATIF, Azmi Mohd. Salleh, seorang anak mangsa, Naziatul binti Zainuddin, 15, dari Kg. Kerasak, Pasir Mas, Kelantan berkata, kejadian nahas itu berlaku pada 1 Januari, 2016 (tahun baharu).

“Sebelum kejadian, kereta yang dipandu mama tayarnya pancit dekat lampu isyarat di Kampung Lati, Pasir Mas.

“Walaupun kereta itu pancit, mama masih terus memandu ke tempat selamat di tepi jalan di kawasan kejadian.

“Mama memberhentikan kereta, lalu cuba menukar tayar kereta itu seorang diri di tepi laluan itu sehingga dengan tiba-tiba kejadian itu berlaku”, kata Naziatul yang merupakan pelajar tingkatan tiga, SMK Kedondong yang turut terlibat dalam kejadian nahas itu.

Apabila ditanya dengan lebih lanjut, dia tidak dapat memberitahu tentang hal berkenaan kerana apabila beliau sedar saja, dia sudah berada di hospital. Ketika berada di wad kecemasan, dia mula sedar dan hanya mengetahui kejadian itu dari sepupunya yang mamanya maut dalam nahas tersebut, dia menangis mengenangkan kejadian itu kerana terkejut.

“Adik-adik yang lain selamat kerana mama telah memindahkan mereka di tempat teduh dan selamat. Keluarga kami seramai Sembilan (9) orang semuanya. Saya hanya cedera ringan sementara mamanya meninggal di tempat kejadian kerana dirempuh kenderaan lain”, ujar Naziatul.

Sementara, suami mangsa, Zainuddin Jusoh (Din), 45, memberitahu ketika kejadian nahas itu dia tiada di tempat kejadian. Yang ada adalah anak perempuannya dan anak-anak yang lain.

Mengimbas tentang hari kejadian, sebelum nahas itu berlaku dia menerima panggilan telefon dari isterinya kira-kira jam 9.30 pagi yang menyatakan isterinya mengalami masalah tayar kereta pancit. Ketika panggilan itu masih berjalan, dia berada di tempat tiada talian (gangguan talian). Jadi katanya, beliau pasti isterinya ingin memaklumkan tentang masalah tayar keretanya yang pancit itu.

Disebabkan di lokasi beliau itu talian terganggu, beliau pindah ke tempat lain yang ada talian. Namun, kira-kira dalam 10 dan 20 minit beliau memperolehi talian itu, beliau dimaklumkan, isterinya terbabit dalam nahas itu.

Mengetahui tentang kejadian nahas, beliau kemudiannya terus bergegas ke tempat itu dan setibanya di lokasi kejadian arwah isterinya masih di situ.

Ditanya tentang kejadian isteri terbabit dalam nahas dan meninggal memang tidak dapat digambarkan kerana beliau pastinya akan menjadi bapa dan ibu sekaligus terhadap anak-anaknya yang lain.

“Pada mulanya, saya anggap sebagai nahas biasa seperti kereta bergesel dengan kenderaan lain yang tidak melibatkan kematian”, ujarnya dalam keadaan masih sedih ditinggalkan ibu ketika anak-anak yang masih kecil yang memerlukan belaian seorang ibu.

“Anak-anak kini sudah mengerti dan faham tentang hakikat ibunya yang telah tiada. Namun, bagi anak bongsu sering memanggil-manggil nama ibunya terutamanya pada hari pertama kejadian. Misalnya anaknya yang berusia lima (5) tahun sering juga bertanya, bila mama akan balik?” jelasnya

Katanya, dia tidak pasti orang yang melanggar arwah isterinya. Namun, dari apa yang dia dengar, arwah isterinya telah dilanggar oleh pemilik kenderaan dari Kampung Banggol Chicha itu sendiri.

Sambungnya, bercakap tentang anak-anaknya yang selamat dalam nahas itu, ketika beliau tiba di lokasi kejadian, semua anak-anaknya telah menaiki ambulan JPAM untuk dibawa ke hospital.

Menurutnya, anak-anaknya agak selamat disebabkan arwah isterinya terlebih dahulu memindahkan kesemua anak-anaknya supaya tinggal dalam sebuah “bangsal” berdekatan yang lebih teduh kerana di situ agak panas disebabkan tiada pokok-pokok yang menaunginya. Katanya, agak bernasib baik Allah menggerakkan hatinya untuk meletakkan kesemua anak-anaknya di tempat teduh dan selamat.

 Papan tanda Kampung Kerasak, Pasir Mas, Kelantan.

Adik Naziatul Zainuddin atau Zati.

Adik Naziatul ketika diwawancara Wartawan RELATIF di kediamannya.
Zainuddin Jusoh atau Din.

Din ketika menceritakan kejadian nahas itu kepada Wartawan RELATIF.



 Lokasi kejadian nahas pada 1.1.2016.

Tonton Video:

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan