RELATIF: Majalah Maya Terbaik . Berita . Rencana . Wawancara . Foto . Paparan Eksklusif . Sebuah Karya Ilmiah dan Akademik . Berita dan Rencana Mencakupi Pelbagai Bidang . Editor: Azmi Mohd. Salleh

Perubatan Islam

Rasulullah S.A.W merawat dan mengubati penyakit melalui tiga kaedah iaitu:

1. Pengubatan Thabiiyah: Mengubat menggunakan
benda-benda atau unsur-unsur alam
.
2. Pengubatan Ilahiyah: Mengubat menggunakan
doa-doa, jampi atau ayat-ayat Al-Quran
.
3. Dengan menggunakan kedua-dua pengubatan iaitu
Thabiiyah dan Ilahiyah.
(Terjemahan Kitab Tibbun Nabawi, Ibnu Qaiyum)

 
Inilah kaedah Rasulullah S.A.W mengajarkan umat-umatnya cara merawat penyakit melalui hadis-hadis Baginda. Di antara sebahagian penyakit tersebut meliputi rawatan penyakit panas (demam panas), penyakit dalam perut, taun, luka, berbekam, merawat darah yang mengalir, sakit kepala, penyakit mata, jerawat, kutu di kepala, penyakit kusta, sakit tengkuk, mengawal kesihatan dengan muntah termasuk rawatan terhadap gangguan makhluk halus.
1. Amalan dalam Perubatan Islam dan Alternatif melalui pendekatan rohani berdasarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, wirid, zikir, doa, solat hajat, solat tahajjud, amalan para alim ulama serta sentuhan tangan aura telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun lalu berbanding perubatan moden yang menggunakan peralatan yang agak mahal hanya berusia sekitar 600 tahun.

2. Menurut Pengasas Pusat Rawatan Keraton, Profesor Dato' Dr. Raden Johari Mansor Al-Haj, bidang perubatan mempunyai tiga jenis iaitu Medik (perubatan moden), Alternatif (tradisional) dan Rohani (spiritual). Beliau lebih berminat dengan cara alternatif dengan menggunakan perubatan Islam.

"Ini kerana, dengan cara ini, ia diiringi dengan doa-doa yang menandakan kita sebagai umat Muhammad S.A.W, hamba Allah S.W.T yang tahu berusaha dan ikhlas berdoa. Orang yang berusaha tanpa berdoa adalah orang yang sombong, manakala orang yang berdoa tanpa berusaha adalah orang yang malas". (Media Terkini, 1 Mac, 2010)

Kisah Pesakit Jantung
Di zaman seorang ulama Islam tersohor, Hassan Basri terdapat seorang pesakit jantung. Oleh kerana tiada yang mampu merawat penyakitnya, mangsa mendapatkan bantuan Hassan Basri walaupun terpaksa berjalan agak jauh dari rumahnya ke tempat ulama berkenaan. Setibanya di tempat Hassan Basri, mangsa mengadu tentang masalahnya. Hassan Basri menjawab supaya mangsa berzikir sebanyak 1,000 kali. Lalu pesakit jantung itu pulang. Kerana tidak sembuh juga, dia datang lagi menemui Hassan Basri lalu diberitahu supaya mangsa berzikir lagi sebanyak 1,000 kali, lalu mangsa pulang. Kali ketiga disebabkan penyakitnya tidak juga sembuh, dia datang lagi menemui Hassan Basri sebagaimana kali pertama dan kedua, pesakit itu diminta berzikir sebanyak 1,000 kali. Maka kali ketiga pesakit itu berbuat demikian, penyakit jantungnya sembuh seperti sedia kala. Hebatkan zikir tersebut? Itulah makanan rohani, manusia diserang sakit kerana banyak makanan jasmani tetapi kurang makanan rohani.

- Editor: Azmi Mohd. Salleh