ANTOLOGI PUISI
1990
"Memori VI"
Buku Antologi Puisi ini dinamakan "Memori VI"
yang diterbitkan pada tahun 1990 dan telah diselenggarakan oleh
Allahyarham Mat Daud Molly. Diterbitkan oleh Persatuan Seniman dan Penulis
Kelantan (PUSPA). Memuatkan 61 orang Penulis/Penyair/Penyajak.
Sajak (Karya) Penulis:
Bagai Air Mengalir
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
ANTOLOGI PUISI
1993
"Tifa VI"
Buku Antologi Puisi ini dinamakan "Tifa VI"
yang diterbitkan pada 31.7.1993 bersempena dengan Diskusi Puisi Lata Rek 93 bertempat di kawasan Peranginan Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan. Antologi ini telah diselenggarakan oleh Azmi Taib dan Ezanee Daud. Diterbitkan oleh Gabungan Penulis-Penulis Muda Kelantan (GEMA). Memuatkan 27 Penulis/Penyair/Penyajak.
Dua Sajak (Karya) Penulis:
1. Ketika Damai Yang Masih Perlu
2. Perjalanan Abad 21
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
ANTOLOGI PUISI
1995
"Tifa VII"
Buku Antologi Puisi ini dinamakan "Tifa VII"
yang diterbitkan pada 27.1.1995 (25 Sya'aban, 1415 H) bersempena dengan Malam Apresiasi Puisi
Ramadan 1415 Hijrah bertempat di Gelanggang Seni, Kota Bharu, Kelantan pada 27.1.1995. Antologi Puisi ini diselenggarakan oleh Azmi Taib dan Allahyarham Mustafa Jusoh. Diterbitkan oleh Gabungan Penulis-Penulis Muda Kelantan (GEMA). Memuatkan 18 Penulis/Penyair/Penyajak.
Dua Sajak (Karya) Penulis:
1. Fikir
2. Menjejak Hari-hari Pasti
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
ANTOLOGI SAJAK
2009
"Bisikan 7"
Buku Antologi Puisi ini dinamakan "Bisikan 7"
yang diterbitkan pada tahun 2009 (1430 Hijrah, Cetakan Pertama 2009). Antologi Puisi ini diselenggarakan oleh Zulkifli Mohd. Zin dan
Rogayah Abbas. Diterbitkan oleh Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (PUSPA). Memuatkan 52 Penulis/Penyair/Penyajak.
Dua Sajak (Karya) Penulis:
1. Angin Barat
2. Suatu Masa
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
ANTOLOGI PUISI
2016
"Bahtera Peradaban"
Buku Antologi Puisi ini dinamakan "Bahtera Peradaban" yang diterbitkan pada tahun 2016 (1437 Hijrah, Cetakan Pertama 2016). Antologi Puisi ini diselenggarakan oleh A. Aziz Deraman, Abdul Hadi Yusoff, Muhamad Ikhram Fadhly Hussin, Sharrul Rizal Hashim dan Wadi Leta S.A. Diterbitkan oleh Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Memuatkan 162 Penulis/Penyair/Penyajak.
Tiga Karya (Puisi) Penulis:
1. Sungai Maut
2.Kematian
3. Diam
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
SAJAK
KHABAR DARI DESA I
Suatu khabar amat resah
dari danau usang
ayah begitu kenyang
seperti selalu
sehingga bonda melutut sendu
menitis air mata
betapa dunia kian sempit untuk
terus melangkah.
Ayah dan bonda hanya
berkirim angin lalu
menjenguk desa
meminta restu
agar pelamin esok berwarna
sebelum cahaya padam.
Azmi Mohd. Salleh
Siaran: Mingguan Famili
Tarikh siaran: 5.1.1986 (Ahad)
Bilangan: 16
Muka surat: 22
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Waktu kemesraan berlalu
Azmi Mohd. Salleh
9 Disember, 1988
Siaran: Mingguan Famili
Tarikh siaran: 26.1.1986 (Ahad)
Bilangan: 19
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
SAJAK
KHABAR DARI DESA I
Suatu khabar amat resah
dari danau usang
ayah begitu kenyang
seperti selalu
sehingga bonda melutut sendu
menitis air mata
betapa dunia kian sempit untuk
terus melangkah.
Ayah dan bonda hanya
berkirim angin lalu
menjenguk desa
meminta restu
agar pelamin esok berwarna
sebelum cahaya padam.
Azmi Mohd. Salleh
Siaran: Mingguan Famili
Tarikh siaran: 5.1.1986 (Ahad)
Bilangan: 16
Muka surat: 22
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
MENANTI WAKTU
Waktu kemesraan berlalu
berubah satu-satu
telah sekuntum rindu menghadirkan diri
ketika keinginan amat jitu
begitu padu.
Sesekali
perasaan menjenguk wajah
dalam kamar itu
sesekali gelisah
menanti waktu
bertemu.
Azmi Mohd. Salleh
9 Disember, 1988
Siaran: Mingguan Famili
Tarikh siaran: 26.1.1986 (Ahad)
Bilangan: 19