http://azmirelatif-05.blogspot.com azmingahabadi@yahoo.com RELATIF adalah Majalah/Media Dalam Talian yang merupakan sebuah karya ilmiah dan akademik sebagai salah satu Jendela Ilmu dan Pintu Dakwah dengan memaparkan Berita dan Rencana yang mencakupi pelbagai bidang meliputi konsep Umum, Hobi, Santai, Ekspedisi, Rekreasi, Destinasi, Pengalaman, Misteri, Aneh dan Pelik, Agama Islam, Bahasa dan Sastera, Akademik, Sejarah, Pengguna, Rawatan, Pemakanan, Kesihatan, Alam Sekitar, Seni (Kreatif, Kraf, Warisan), Ekonomi, Psikologi dan Sosial dengan didasarkan bukti-bukti foto secara realiti dan relatif. Biodata Penulis
Nama Penuh: AZMI BIN MOHD. SALLEH
Nama Pena: Ngah Abadi
Editor/Wartawan/Jurufoto: RELATIF, SIAR.TV, HARIAN DETIK, ABJAD KELANTAN: SKUAD GHOSTBUSTERS, JEJAK SEJARAH, JEJAK SILUMAN, JENDELA ALAM, DESTINASI, RAMPAI, DIET SIHAT, RAWAT dan SAJIAN JUADAH.
01. RELATIF: SIRI 05: http://azmirelatif-05.blogspot.com (Klik Siri: 04, 03, 02 dan 01).
03. HARIAN DETIK: http://azmidetik.blogspot.com
04. ABJAD KELANTAN: SKUAD GHOSTBUSTERS: http://abjad-kelantan.blogspot.com.
05. JEJAK SEJARAH: http://azmisejarah.blogspot.com.
06. JEJAK SILUMAN: http://azmijejak.blogspot.com.
07. JENDELA ALAM: http://azmifoto.blogspot.com
09. RAMPAI: http://azmirampai.blogspot.com.
10. DIET SIHAT: http://azmisihat.blogspot.com.
11. RAWAT: http://azmirawat.blogspot.com.
12. SAJIAN JUADAH: http://azmijuadah.blogspot.com.
Sejarah Kelahiran
Dilahirkan pada 15 Ogos, 1964 di sebuah desa terpencil di Kampung
Temangan Lama, Machang, Kelantan. Kampung Temangan Lama terkenal sebagai
sebuah tempat lombong bijih besi (tahun 1914) yang terletak di sebuah
bukit dikenali Bukit Besi, kini dinamakan Kampung Bukit Besi, Temangan
Lama, Machang, Kelantan.
Pada zaman kanak-kanak sekolah, pada tahun 1971 hingga 1976, menuntut di Sekolah Kebangsaan Temangan
iaitu kira-kira (2 kilometer) dari Kampung Temangan Lama (tempat
kelahiran). Semasa di sekolah rendah, begitu aktif dengan aktiviti nyanyian dan pernah mewakili peringkat sekolah dalam jajahan Machang. Selain aktif dengan aktiviti pakaian beruniform iaitu "Pengakap" sehingga pernah mewakili peringkat sekolah ketika Jambori Pengakap Negeri Kelantan di Hutan Lipur Bukit Bakar, Machang, Kelantan pada tahun 1975.
Kemudiannya menyambung pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kampung Pek (kini Sekolah Menengah Sri Intan), Machang, Kelantan dalam Tingkatan Satu dalam tahun 1977 sehingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1981. Ketika di sekolah rendah dan menengah begitu aktif dengan kegiatan nyanyian dan persembahan deklamasi puisi peringkat sekolah, termasuklah persembahan hiburan pementasan "lawak jenaka" sempena "Sambutan Hari Guru" setiap tahun bermula tahun 1979.
Sejarah Penulisan
Mula menceburkan diri di dunia penulisan semasa menuntut di Sekolah
Menengah Kampung Pek (kini Sekolah Menengah Sri Intan), Machang,
Kelantan dalam Tingkatan 3 pada 28.12.1979. Di awal penulisan, genre
yang sering diminati dan banyak ditulis ialah Puisi ‘Sajak’. Genre puisi
berjodol "Banjir" adalah karya pertama yang disiarkan dalam majalah
kanak-kanak iaitu Majalah Bujal (terbitan Raz Studio, Kuala Lumpur) pada
17.3.1980.
Puisi (Sajak)
Selepas itu, puisi-puisi banyak disiarkan dalam majalah, akhbar dan
radio tempatan umpamanya Radio Malaysia (RTM, Angkasapuri, Kuala
Lumpur), Radio Malaysia (RTM Kuala Terengganu) dan Radio Malaysia (RTM
Kota Bharu). Manakala karya dalam genre ini banyak disiarkan di majalah
tempatan seperti Majalah Sistem Pelajar, Akademik, Sinaran Islam (JAKIM –
Jabatan Perdana Menteri) serta Suara Masjid Negera (JAKIM – Jabatan
Perdana Menteri). Karya Puisi dalam akhbar tempatan pula umpamanya
Mingguan Ekspress, Iklan Sri Timur (Kelantan), Akhbar Islam Al-Fununiah
(Kelantan), Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Karya berbentuk Puisi juga pernah diterbitkan dalam bentuk buku dikenali Antologi Bersama:
1. Memori VI (puisi berjodol "Bagai Air Mengalir") terbitan Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (PUSPA) pada tahun 1990.
2. Tifa VI (puisi berjodol "Ketika Damai Yang Masih Perlu" dan
"Perjalanan Abad 21") terbitan Gabungan Penulis-Penulis Muda Kelantan
(GEMA) PADA 31 Julai, 1993.
3. Tifa VII (puisi berjodol "Fikir" dan "Menjejak Hari-Hari
Pasti") terbitan Gabungan Penulis-Penulis Muda Kelantan (GEMA) pada
tahun 27 Januari, 1995. Di masa yang sama, Penulis aktif dalam Gabungan
Penulis-Penulis Muda Kelantan (GEMA).
4. Bisikan 7 (puisi berjodol "Angin Barat" dan "Suatu Masa") terbitan Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (PUSPA) pada tahun 2009.
Cerpen
Selain penulisan Puisi (Sajak), penulisan Cerpen, Rencana dan Berita
juga turut dijadikan aktiviti dan menjadi keutamaan sebagai pendekatan
dakwah selain untuk menyiarkan ilmu di samping pengetahuan dan maklumat
kepada pembaca sama ada dalam akhbar, diges berbahasa Melayu dan majalah
tempatan. Genre ‘Cerpen’ mula ditulis pada tahun 1981 apabila karya
ulung berjodol ‘Awang’ telah disiarkan dalam Majalah Bujal terbitan Raz
Studio, Kuala Lumpur. Media serta makalah lain yang turut menyiarkan
genre berkenaan seperti akhbar UMNO Merdeka serta Radio Malaysia (RTM,
Angkasapuri, Kuala Lumpur). Cerpen berjodol ‘Tumpas’ telah disiarkan
dalam rancangan Rampaian Pasukan Keselamatan terbitan Radio Malaysia
(RTM, Angkasapuri, Kuala Lumpur). Selepas itu, akhbar UMNO Merdeka
menyiarkan cerpen yang berjodol ‘Jual’. Dalam masa yang sama, saya cuba
berjinak-jinak dalam penulisan Novel dan Skrip Drama Radio tetapi tidak
mendapat tempat.
Berita
Penulisan ‘Berita’ bermula pada tahun 1986 semasa bertugas sebagai
kakitangan Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), Kota Bharu, Kelantan
yang kemudiannya Bumiputra-Commerce Bank Berhad (BCB), Kota Bharu dan
kini Bumiputra-Commerce Bank Berhad, Wakaf Siku, Kelantan. Kebanyakan
berita banyak dimuatkan dan disiarkan dalam Majalah Gemaputra (BBMB,
Kuala Lumpur) dan BCB News (Bumuputra-Commerce Bank Berhad (BCB), Kuala
Lumpur), Buletin Perlindungan Pengguna (KPDN & HEP) serta Majalah
Bicara. Manakala dalam akhbar pula, berita yang dihasilkan banyak
disiarkan dalam akhbar Iklan Sri Timur (Kelantan), akhbar Cabaran,
akhbar Mingguan Dialog (Kelantan), Akhbar Matahari (M), Utusan Pengguna
(CAP, Pulau Pinang), Bacaria (Karangkraf Sdn. Bhd) serta Warta Perdana.
Rencana (Artikel)
Genre penulisan Rencana (Artikel) bermula pada tahun 1987. Di antara
konsep penulisan rencana yang menjadi minat serta kerap ditulis dan
telah disiarkan dalam media cetak adalah berhubung dengan Agama Islam,
Pengguna, Pemakanan, Kesihatan, Alam Sekitar (Ekologi), Psikologi,
Falsafah, Politik, Ekonomi, Akademik, Kesusasteraan, Sejarah, Sains,
Misteri (Aneh) dan Isu Semasa. Karya berbentuk Rencana ini banyak
disiarkan dalam pelbagai media cetak seperti majalah, makalah dan daiges
tempatan umpamanya akhbar Mingguan Famili (1987), Mingguan Islam, Iklan
Sri Timur (Kelantan), Akhbar Islam Al-Fununiah (Kelantan), akhbar
Mingguan Dialog (Kelantan), Warqah Darul Naim (Kelantan), Jendela Timur
(DBP Kelantan), Media Islam, Mingguan Tempo (Malaysia), Mingguan
Wawasan, akhbar Cabaran, akhbar Bebas, Mingguan Prima, Utusan dan
Mingguan Malaysia, Berita Harian, Akhbar Matahari (M), Utusan Pengguna
(Persatuan Pengguna Pulau Pinang – CAP), Bacaria (Karangkraf Sdn. Bhd)
serta akhbar Media Terkini. Manakala dalam majalah tempatan pula seperti
Majalah Sihat, Majalah Ummi, Majalah Sinaran Islam (JAKIM – Jabatan
Perdana Menteri), Majalah Ummah, Majalah Timang (LPPKN), Majalah Sari
Peristiwa (Kelantan), Majalah Pengguna (FOMCA), Suara Masjid Negara
(JAKIM – Jabatan Perdana Menteri), Warta Cermat (KPDN & HEP),
Majalah Detik, Majalah Tamadun, Majalah Media Kesihatan, Majalah Ibu,
Majalah Ibubapa, MalaysiaKini.Com (Majalah Internet), Buletin
Perlindungan Pengguna (KPDN & HEP), Majalah Fokus SPM (Karangkraf
Sdn. Bhd) , Variasi, Majalah Bicara serta Media Terkini.
Kegiatan Kesusasteraan
01. Mewakili Sekolah Menengah Kg. Pek (SMKP), Machang, Kelantan ke
Pertandingan Membaca Cerpen di Sekolah Menengah Sains, Labok, Machang
semasa di Tingkatan 2 Sastera 4 pada tahun 1978 dengan cerpen berjodol
‘Seorang V.I.P’.
02. Memasuki Pertandingan Membaca Syair ketika di Tingkatan 3,
Sekolah Menengah Kg. Pek (SMKP), Machang, Kelantan. Mendapat tempat
Ketiga.
03. Menganggotai Persatuan Seni dan Sastera Negara (PERSENI),
Machang, Kelantan pada tahun 1982 dalam bidang penulisan Puisi dan
Cerpen.
04. Menyertai Pertandingan Menulis Puisi dan Cerpen anjuran Badan Seni dan Budaya Kelantan (BASNIDA) pada tahun 1987.
05. Menyertai Peraduan Penulisan Kreatif anjuran Gabungan Penulis-Penulis Muda Kelantan (GEMA) pada tahun 1987.
06. Menyertai Sayembara Penulisan Puisi Islam II anjuran Persatuan Penulis dan Seniman Pasir Puteh (PUSPA) pada 21-6-1988.
07. Mendeklamasikan Puisi karya sendiri berjodol ‘Salam Benua’ serta
menyampaikan sebuah Syair ciptaan sendiri berjodol ‘Seruan Umat’ di
Majlis Malam Perjumpaan Ahli-ahli Kelab Bankputra, Bank Bumiputra
Malaysia Berhad (BBMB, Kota Bharu, Kelantan) pada 23-6-1988 di Motel
Pantai Cinta Berahi (kini Pantai Cahaya Bulan).
08. Menyertai Pertemuan Penulis dan Budayawan Kali Ke-2 anjuran
Persatuan Penulis dan Seniman Pasir Puteh (PUSPA) pada 7.6.1990 hingga
9.6.1990 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.
09. Menyertai Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan 1991
Peringkat Negeri Kelantan anjuran GAPENA dan Jabatan Penerangan Negeri
Kelantan pada 15.7.1991 yang diadakan di Biro Penerangan Negeri
Kelantan, Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan.
10. Mendeklamasikan Puisi karya sendiri berjodol ‘Satu Pertanyaan’
sempena Malam Deklamasi Puisi Islam ASWADA, Majalah Peristiwa dan
Al-Arqam pada 31-8-1991 di Dewan Perkumpulan Perempuan (PPK), Kota
Bharu, Kelantan.
11. Mendeklamasikan Puisi sempena Majlis Makan Malam Kelab Bankputra,
Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB, Kota Bharu, Kelantan) sesi
1993/1994.
12. Menyertai Deklamasi Puisi Kumpulan ‘Kita Ini Tetamu Senja’ (karya
Datuk A.Samad Said) serta Puisi karya sendiri berjodol ‘Meniti Ruang’
sempena Kursus Counter Attack Programme (CAP) anjuran Pejabat Pengurus
Kawasan, Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB, Kuala Terengganu) dengan
kerjasama Pusatputra, Kuala Lumpur di Hotel Permai Park Inn
International, Kuala Terengganu. Mendapat anugerah CAP berupa sijil
sebagai ‘Pendeklamasi Sajak Terbaik’.
Kegiatan Lain
Pada tahun 1989, saya mula menukar arah daripada aktif dalam
persatuan penulis, saya mendaftar diri menjadi ahli Persatuan
Pengguna-Pengguna Kelantan (KCA) pada 23.8.1989. Dan pada tahun 1991,
saya telah dilantik menjadi Setiausaha Biro Pengaduan, Persatuan
Pengguna-Pengguna Kelantan sehingga tahun 2006.
Walau bagaimanapun, pada
tahun 1996 sehingga 2001, saya telah diberikan kepercayaan untuk
memegang jawatan Setiausaha Biro Perancangan dan Kajiselidik persatuan
berkenaan di samping sebagai menjalani tugas-tugas sebagai Ahli
Jawatankuasa (AJK) dan memegang status ‘Ahli Seumur Hidup’. Selepas itu,
dalam Mesyuarat Agung Ke-16 Persatuan Pengguna-Pengguna Kelantan yang
diadakan pada 25-6-2001, saya telah dipilih untuk menjawat jawatan
Penolong Setiausaha Kehormat persatuan berkenaan sehingga tahun 2006.
Peranan dalam persatuan berkenaan ialah sebagai Badan Pengurusan dan
Pentadbiran Pejabat, mengendalikan aduan, penyelidik dalam beberapa
bidang khusus yang melibatkan aduan, kesihatan dan pemakanan serta
memberikan ceramah dan penerangan kepada masyarakat pengguna dan pelajar
sekolah.
Pada tahun 2009, menganggotai ABJAD Kelantan: Skuad Ghostbusters.
ABJAD Kelantan adalah singkatan bagi "Angkatan Bina Jati Diri" atau
ABJAD di mana salah satu unit di bawahnya dikenali "Skuad Ghostbusters".
Di antara aktiviti unit ini ialah mengadakan kempen kepada orang ramai
tentang pentingnya membuang saka, merawat dan memulihkan penyakit rohani
seperti gangguan makhluk halus, menghalau dan menangkap makhluk halus
yang mengganggu individu dan kediaman (rumah/bangunan), memulihkan sihir
dan santau melalui kaedah Warisan Pusaka Tok Kenali (Wali dan Ulama
tersohor Kelantan, Malaysia dan Nusantara), mengadakan aktiviti tahan
lasak seperti mendaki gunung, menyusur gua serta merakam foto makhluk
halus di sesuatu kawasan misteri yang dilawati.
Jawatan (Biodata Nolstalgia)
01. Setiausaha Persatuan Agama Islam, Sekolah Menengah Kg. Pek,
Machang, Kelantan semasa di Tingkatan 2 Sastera 4 pada tahun 1978.
02. Ketua Tingkatan 5 Sastera 2 yang terbaik di antara seluruh
tingkatan sama ada sidang pagi dan petang pada tahun 1982. Memperolehi
anugerah pujian dan jambangan bunga kerana sifat kepemimpinan dan
berikutan penjagaan kebersihan kelas dari Guru Besar, Encik Sulaiman.
03. Pengerusi Bahasa dan Budaya, Sekolah Menengah Kg. Pek, Machang, Kelantan pada tahun 1982.
04. Dilantik sebagai Wartawan Kelab Bankputra, Bank Bumiputra
Malaysia Berhad (BBMB Kota Bharu, Kelantan) sejak 1985-1989. Kemudian
dilantik Wartawan Cawangan untuk Bumiputra-Commerce Bank Berhad (BCB) di
Kelantan mulai tahun 2000 hingga 2006.
05. Setiausaha Kehormat, Kelab Bankputra, Bank Bumiputra Malaysia
Berhad (BBMB Kota Bharu) mulai tahun 1987 untuk sesi 1987/1988.
06. Dilantik sebagai Penulis Sambilan akhbar Berita Harian pada 16-5-1990.
07. Dilantik sebagai Pemberita Daerah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 24-10-1990.
08. Setelah menganggotai Persatuan Pengguna-Pengguna Kelantan,
jawatan pertama ialah Setiausaha Biro Penyelidikan. Selepas itu sebagai
Setiausaha Biro Pengaduan (24.12.1992 sehingga sekarang) diikuti sebagai
Setiausaha Biro Perancangan dan Kajiselidik (21-12-1995), Ahli
Jawatankuasa (AJK) dan Penolong Setiausaha Kehormat (mulai 25-6-2001
hingga 2006).
09. Menjadi Penulis dan Wartawan Pengguna untuk Persatuan Pengguna-Pengguna Kelantan hingga tahun 2006.
10 Menjadi wakil Pemberita Daerah Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) untuk akhbar lidah rasminya Utusan Pengguna.
11. Bermula pada 1-1-2006 dilantik dengan rasmi sebagai Wartawan
Daerah akhbar Media Terkini. Menulis dalam kategori kisah Misteri, Aneh
dan Pelik, Isu Semasa, Akademik dan Sosial.
12. Mulai tahun 2009, menganggotai ABJAD Kelantan setelah selesai
membuang saka pada 28.2.2009. Kemudiannya dilantik oleh Badal (Tuan
Guru) dalam Skuad Ghostbusters.
Penerbitan Majalah Maya
Bermula pada tahun 2012, mula membina portal atau blog sendiri untuk
majalah dalam talian atau majalah maya seperti Relatif: Siri 05 (Klik: Siri 04, 03, 02 dan 01), Siar.TV: Siri 04 (Klik Siri 03, 02 dan 01), Harian Detik, ABJAD Kelantan: Skuad Ghostbusters, Jejak Sejarah, Jejak Siluman, Jendela Alam, Destinasi, Rampai, Diet Sihat, Rawat, dan Sajian Juadah.
Di antara bahan-bahan yang ditulis dalam 10 majalah ini meliputi
karya ilmiah dan akademik yang mencakupi pelbagai bidang meliputi konsep
Umum, Santai, Destinasi, Ekspedisi, Rekreasi, Pengalaman, Misteri, Aneh
dan Pelik, Agama Islam, Bahasa dan Sastera, Akademik, Sejarah,
Pengguna, Rawatan, Pemakanan, Kesihatan, Alam Sekitar, Seni (Kreatif,
Kraf, Warisan), Hobi, Ekonomi, Psikologi dan Sosial dengan didasarkan
bukti-bukti foto secara realiti dan relatif.
Tok Guru/Guru (Kuliah Agama)
01. Ustaz Hamdi Ismail
02. Haji Deraman (Pak Nik Deraman)
03. Mohd. Noor bin Ali (Paksu Noor, bekas Imam dan Ketua Kampung).
04. Ustaz Haji Hasbullah (Bekas Mufti Kelantan).
05. Ustaz Muhammad Mustafa
06. Ustaz Haji Daud Pulau Pisang
07. Ustaz Azahari Ibrahim
06. Ustaz Nursalam Al-Hafiz
07. Ustaz Shamsuddin Abdul Rahman (Ustaz Din)
08. Ustaz Abdul Rahman Iskandar (Ustaz Man)
09. Ustaz Saibon
10. Ustaz Wan Mohd. Sharafi
11. Ustaz Mohd. Saupi
12. Al-Alamah Tuan Guru Haji Ahmad Junaidin @ Syeikh Muhyiddin Haji Ahmad Junaidin Guru Utama Abjad/Guru Ijazah Pusat Yang Dipertua Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (Asli) Jabat Kilat (Arwah wafat pada 28.2.2015).
13. Ustaz Zalfakar Zakaria (Badal Abjad, arwah wafat pada 24.5.2016, jam 10.00 malam).
Editor HAK CIPTA TERPELIHARA (C) |