RELATIF: Majalah Maya Terbaik . Berita . Rencana . Wawancara . Foto . Paparan Eksklusif . Sebuah Karya Ilmiah dan Akademik . Berita dan Rencana Mencakupi Pelbagai Bidang . Editor: Azmi Mohd. Salleh

Pengguna

Hak-hak Pengguna

Pada tahun 1962, mendiang Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy telah mengisytiharkan empat hak asasi pengguna:
1. Hak Untuk Mendapat Maklumat
2. Hak Untuk Membuat Pilihan
3. Hak Untuk Menyuarakan Pendapat
4. Hak Untuk Mendapat Keselamatan.

International Organization of Consumer Union (IOCU) telah menambah empat lagi hak pengguna:
5. Hak Untuk Mendapatkan Keperluan Asas
6. Hak Untuk Mendapatkan Ganti Rugi
7. Hak Untuk Mendapat Pendidikan Pengguna
8. Hak Mendapat Alam Sekitar Yang Selamat.


Aduan Pengguna


Aduan boleh dibuat di mana-mana pejabat Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang berhampiran jika anda berasa dianiayai atau ditipu. Gunakan hak anda sepenuhnya.

Aktiviti Membakar Mercun

Aktiviti membakar mercun adalah suatu budaya yang membazirkan wang. Tetapi budaya songsang ini sering menjadi kegemaran di kalangan kanak-kanak dan remaja Melayu. Malah orang dewasa sendiri turut tumpang sekaki. Apa tidaknya, merekalah pencetus kepada budaya tidak sihat dengan membeli mercun lalu diberikan kepada anak-anak, kononnya untuk memeriahkan suasana malam.

Di bawah peraturan Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957, adalah menjadi satu kesalahan seseorang itu membekal, mengedar, menjual, membakar dan bermain mercun serta bunga api. Mereka yang disabitkan dengan kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

- Editor: Azmi Mohd. Salleh