RELATIF: Majalah Maya Terbaik . Berita . Rencana . Wawancara . Foto . Paparan Eksklusif . Sebuah Karya Ilmiah dan Akademik . Berita dan Rencana Mencakupi Pelbagai Bidang . Editor: Azmi Mohd. Salleh

Kesihatan

RAWATAN
Rawatan paling mudah, paling berkesan, tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi adalah secara alternatif (tradisional) melalui pendekatan atau kaedah doa, zikir, wirid, solat hajat, solat tahajud, menggunakan air penawar dan tumbuhan herba yang asli dan masih segar.

Perubatan:

Jangan terlalu bergantung kepada ubat-ubatan kerana bahan ini bersifat kekal. Segala ubat yang ditelan akan diproses di hati. Hati yang tidak dapat memproses bahan-bahan inilah boleh memudaratkan kesihatan. Sebab itulah sentiasa amalkan makanan seimbang seperti pepatah "mencegah itu lebih baik dari mengubat".

Tips Sentiasa Sihat:

1. Sebelum makan, minum sedikit air.
2. Jika memakan nasi yang berkuah, kurangkan kuahnya.
3. Selepas makan, tunggu sehingga 30 minit atau 1 jam barulah minum air, sebab proses makanan turun ke perut sehingga 4 jam.
4. Tarik nafas dan kawal nafas ketika meneguk atau minum air.
5. Makanlah makanan panas dan jenis ulam herba seperti kemangi, serai dan sebagainya kerana ulam ini boleh mencegah pembiakan kuman dan bakteria dalam tubuh, penyembuh penyakit kronik seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dan jantung.
6. Lebihkan pengambilan ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan ulam kerana bahan ini mencegah makanan tidak hadam, buasir dan ulser perut. Kurangkan pengambilan daging. Elakkan pengambilan lemak daging dan ayam.
7. Elakkan memakan makanan "seafood" seperti udang, sotong dan kerang kerana makanan seumpama ini penyebab kepada resdung, migrain dan mengandungi kolestrol yang tinggi. Ancaman penyakit akan dialami apabila antibodi pesakit semakin berkurangan dan tidak berdaya melawannya.
8. Amalkan meminum air suam dan elakkan meminum air sejuk dari peti ais.
9. Selepas bangun tidur, sebelum menggosok gigi dan menyapu tangan ke muka, cuci tangan dengan sabun. Perlu tangan dicuci kerana semasa tidur, tapak tangan menjadi kegemaran jin/syaitan menjilat tangan dan kencing di atasnya.
10. Hembus angin keluar dari lubang hidung kanan (3 kali) dan kiri (3 kali) kerana syaitan menjadikan lubang hidung tempat tidurnya dan tandas untuk buang najis. (Amalan ini adalah sunnah Nabi S.A.W).
11. Elakkan merokok.

- Editor: Azmi Mohd. Salleh

RAWATAN BUANG TOKSIN

Toksin adalah bahan beracun di dalam badan manusia. Puncanya adalah disebabkan diet dan pemakanan yang tidak sihat atau berpunca daripada kekerapan pengambilan ubat-ubatan. Berpunca masalah toksin ini menyebabkan badan tidak berapa sihat, kesihatan terganggu dan kemungkinan juga penyebab kepada pelbagai jenis penyakit lain.

Dalam kehidupan moden hari ini, banyak cara dan kaedah diperkenalkan untuk tujuan membuang pengumpulan toksin dalam badan. Namun, hanya tiga cara yang lazim dilakukan iaitu:
1. Pengambilan jus atau unsur-unsur herba sama ada dalam bentuk air, pil atau ubat. Toksin  akan keluar melalui kencing atau pembuangan kumuh.
2. Meminum air zam zam dan madu lebah (asli) juga dapat mengeluarkan toksin. Pengambilan air zam zam dan madu lebah amat disarankan kerana bahan ini adalah penawar yang paling mujarab untuk kesihatan dan pelbagai tujuan. Toksin akan keluar melalui liang-liang roma, pepeluhan, kencing dan pembuangan kumuh (najis).
3. Pelukan seorang suami terhadap isteri (lelaki dan perempuan) juga dapat mengeluarkan toksin melalui liang-liang roma dan pepeluhan. Bahkan kaedah ini juga dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
- Editor: Azmi Mohd. Salleh