1. Suara dengkuran yang turut didengari oleh penduduk di Samarahan, Sabah pada 13.1.2012 adalah gangguan ketua iblis di bumi bernama Azazil (bahasa Suryani) atau Al-Harith (bahasa Arab).
2. Dalam setiap surah, terdapat 2,696 ayat menceritakan tentang jin.
3.
Dalam Al-Quran, terdapat 49 surah yang meliputi 216 ayat dinyatakan
tentang iblis, jin dan ifrit sememangnya wujud malah kewujudan mereka
lebih ramai dari manusia.
4.
Istilah hantu, hantu raya, langsuir, pontianak, jembalang dan
sebagainya adalah istilah atau panggilan yang diberikan oleh manusia
untuk menggambarkan makhluk halus dari jenis jin kafir.
5. Iblis
adalah induk kepada jin dan syaitan. Iblis mempunyai lima anak yang
terdiri daripada Thabr, Al-Awar, Maswath, Dasim dan Zalnabur. Merekalah
punca segala sengketa sesama manusia, bercakap mengarut dan mencarut,
mengeji dan mencela, berdusta, mengumpat, mengutuk dan menghina, pembawa
penyakit seperti kanser, penyakit menyerang bayi, mandul, keguguran,
gila, wujudnya makhluk aneh dalam perut, penyakit kulit dan taun,
perbuatan membuang bayi, pergaulan bebas sehingga berlakunya
persetubuhan haram, gangguan saka, histeria, perbuatan santau dan sihir,
khianat dan sifat-sifat terkutuk serta keji adalah disebabkan pengaruh
dan hasutan makhluk berdarjat rendah itu. Berlindunglah dengan Allah
S.W.T.
6.
Istana syaitan terletak di atas air. Jin pula mendiami tempat-tempat
seperti bukit/gunung, hutan rimba, sungai/tasik/lautan dan parit, tanah
perkuburan, rumah kediaman yang ditinggalkan, masjid, pokok dan
pasar-pasar.
7. Jin
dan syaitan boleh berubah bentuk sama ada bentuk manusia ataupun
haiwan peliharaan mahupun haiwan ganas. Jin yang ingin menjelma manusia
memerlukan tenaga yang kuat dan ilmu yang mantap. Kepantasan jin
berlari tidak sampai satu saat. Keadaan ini menyukarkannya untuk
berhenti serta merta. Jin yang dapat berhenti serta merta akan dapat
bertukar dari rupanya kepada rupa manusia, menandakan jin berkenaan
mempunyai tenaga dan ilmu yang mantap.
8.
Makanan makhluk halus seperti jin terdiri dari tulang, batu, buah,
telur dan darah kotor (haid, nifas) yang dibuang merata-rata. Selain
itu, rokok dan perokok juga disukai jin dan syaitan kerana merokok
adalah membazirkan wang. Perbuatan membazir memang disukai syaitan.
9.
Golongan makhluk halus yang mempunyai keluarga tinggal di bukit,
gunung, gua dan sebagainya. Manakala golongan warga emas yang tidak
berkeluarga suka mengasingkan diri dengan menjadikan pokok-pokok kayu
sebagai kediaman dan penempatan. Makhluk ini tinggal di dalam
pokok-pokok kayu kerana tidak ingin diganggu.
Iblis
"Khaazin" adalah nama iblis sebagai penjaga syurga dan ketua langit dunia selain mempunyai kekuasaan di bumi atau lebih tepat lagi sebagai ketua bangsa jin di bumi. Dalam bahasa Arabnya dinamakan "Al-Harith" (penjaga) dan dalam bahasa Suryani dipanggil "Azazil".
Iblis adalah induk kepada jin dan syaitan. Iblis mempunyai lima anak terdiri daripada Thabr, Al-Awar, Maswath, Dasim dan Zalnabur. Merekalah punca segala sengketa sesama manusia, bercakap mengarut dan mencarut, mengeji dan mencela, berdusta, mengumpat, mengutuk dan menghina, pembawa penyakit kronik (kanser, penyakit menyerang bayi, mandul, keguguran, gila, wujudnya makhluk aneh dalam perut, penyakit kulit dan taun, perbuatan membuang dan membunuh bayi, pergaulan bebas sehingga berlakunya persetubuhan haram, gangguan saka, histeria, perbuatan santau dan sihir, khianat dan sifat-sifat terkutuk serta keji) adalah disebabkan pengaruh dan hasutan makhluk berdarjat rendah itu. Berlindunglah dengan Allah S.W.T.
Jin
Jin/iblis mempunyai bapa dikenali "Jaann", begitu halnya dengan manusia mempunyai bapa iaitu "Adam". Jaann adalah jin pertama yang dijadikan daripada api, sebaliknya keturunan selepasnya dengan cara membiak (berlaku perhubungan sesama jantina antara lelaki dan perempuan).
Di antara keturunan Jaann ialah terdiri daripada jin-jin Islam dan jin Kafir, ini termasuklah iblis dikatakan dari keturunan jin.
Istilah hantu, hantu raya, langsuir, pontianak, jembalang dan sebagainya adalah istilah atau panggilan yang diberikan oleh manusia untuk menggambarkan makhluk halus dari jenis jin kafir.
Istana syaitan terletak di atas air. Jin pula mendiami tempat-tempat seperti bukit/gunung, hutan rimba, sungai/tasik/lautan dan parit, tanah perkuburan, rumah kosong (kediaman yang ditinggalkan lebih 40 hari), masjid, pokok dan pasar-pasar.
Koloni makhluk halus yang mempunyai keluarga tinggal di bukit, gunung, gua dan sebagainya. Manakala golongan warga emas yang tidak lagi mempunyai keluarga suka mengasingkan diri dengan menjadikan pokok-pokok kayu sebagai kediaman, penempatan dan untuk ibadat. Makhluk ini menetap dalam pokok-pokok kayu kerana tidak ingin diganggu.
Jin dan syaitan boleh berubah bentuk sama ada bentuk manusia ataupun haiwan peliharaan mahupun haiwan ganas. Jin yang ingin menjelma seperti rupa manusia memerlukan tenaga yang kuat dan ilmu yang mantap. Kepantasan jin berlari tidak sampai satu saat, keadaan ini menyukarkannya untuk berhenti serta merta. Jin yang dapat berhenti serta merta akan dapat bertukar dari rupanya kepada rupa manusia, menandakan jin berkenaan mempunyai tenaga dan ilmu yang hebat.
Makanan makhluk halus seperti jin terdiri dari tulang, batu, buah, telur dan darah kotor (perempuan haid dan nifas) yang dibuang merata-rata. Selain itu, rokok dan perokok juga disukai jin dan syaitan kerana merokok adalah membazirkan wang. Perbuatan membazir memang disukai syaitan.
Dalam setiap surah, terdapat 2,696 ayat yang menceritakan tentang jin. Manakala dalam Al-Quran, terdapat 49 surah yang meliputi 216 ayat dinyatakan tentang iblis, jin dan ifrit sememangnya wujud malah kewujudan mereka lebih ramai dari manusia.
Tubuh Manusia
14 Tempat Pada dan Dalam Tubuh Manusia Digemari Jin dan Syaitan Untuk Menghuni:
01. Ulu hati
02. Siku kanan
03. Siku kiri
04. Lutut kanan
05. Lutut kiri
06. Belakang kepala (umbuk punai)
07. Hujung salbi
08. Urat leher (bahagian belakang)
09. Hujung lidah
10. Lubang hidung kanan
11. Lubang hidung kiri
12. Telinga kanan
13. Telinga kiri
14. Pusat
Cara Syaitan Racun/Musnahkan Manusia
1. Panah: Dari jarak yang jauh
2. Hembus: Apabila hampir dengan manusia
3. Bisik: Setelah berjaya mendekati manusia
- Editor: Azmi Mohd. Salleh
Asal
iblis adalah penjaga syurga (Khaazin) dan ketua langit dunia dan ia juga
mempunyai kekuasaan di bumi (induk makhluk halus). Iblis juga adalah ketua
bangsa jin di bumi, di mana dalam bahasa Arab namanya dikenali “Al-Harith”
(penjaga), manakala dalam bahasa Suryani ia disebut “Azazil”. Menurut
An-Nuqaasy, iblis juga digelarkan “Abu Kirdaus”. Disebabkan iblis kuat
beribadat dan paling banyak ilmu, maka ia mencapai martabat malaikat yang
mempunyai empat sayap. Penafsir Qataadah menyebutkan berita yang disampaikan
oleh Sa’id bin Al-Musayyab bahawa iblis itu ketua malaikat. Dia juga dipanggil
“jin” kerana dinisbah kepada “Al-Jannah” iaitu syurga (kerana dia adalah
penjaga syurga).
Berdasarkan
hadis daripada Zaid bin Mujahid mengatakan, iblis mempunyai lima anak terdiri daripada:
- Thabr (selalu mendatangi manusia yang menghadapi masalah seperti kematian, kerugian, kecelakaan, hilang harta benda dan pangkat. Ia mendorong manusia supaya berputus asa, keluh kesah, mencarik-carik baju, meratapi kematian dan menyalahkan Allah).
- Al-Awar (berusaha memujuk manusia melakukan zina (meniup liang kemaluan lelaki dan kemaluan perempuan). Ia merayu dan memujuk dengan mengatakan betapa nikmatnya pekerjaan nista dan keji ini diteruskan).
- Maswath (mendorong manusia supaya berdusta. Ia cukup seronok kalau ada cerita-cerita bohong untuk dipercayai).
- Dasim (bertugas menggoda orang yang mahu masuk ke rumah agar tidak memberikan salam dan berusaha untuk mencerai-beraikan pasangan suami isteri dengan cara menanam rasa benci dan sakit hati (dengan memperlihatkan kesalahan) antara keduanya sehingga berlaku perceraian).
- Zalnabur (adalah dari golongan syaitan yang berkeliaran di pasar-pasar dan di merata tempat untuk menyuburkan pertengkaran, tipu-menipu, caci-cela dan berbunuhan sesama manusia).
Kelima-lima
anak iblis ini menjadi pemimpin dan setiap tugas dengan mempunyai kekuatan
tentera yang tidak terkira jumlahnya yang terdiri daripada syaitan-syaitan.
Iblis mengirimkan beberapa pasukan tenteranya setiap hari (dari singahsananya
yang terletak di permukaan laut) untuk menimpakan fitnah ke atas manusia. Iblis
juga mempunyai cucu yang sebahagiannya terdiri daripada syaitan-syaitan yang
mempunyai tugas masing-masing. Kerana itu, dia disebut “Bapa Syaitan”.
(Sumber: Buku
Jelajah Alam Jin, Haji Wan Abdul Halim Bashah).
Dari
segi kerajaan pula, iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar dan megah.
Mereka ada menteri, pemerintah, ada pejabat dan mempunyai wakil-wakil dan
pengikut yang tidak terkira jumlahnya.
Iblis
mempunyai kerajaan di atas air. Ini kerana, dunia ini mempunyai 72 peratus
adalah air sedangkan daratan hanya 28 peratus. Manusia hanya mendiami daratan
hanya satu pertiga dunia itu, itu pun belum semua dihuni oleh manusia.
Sedangkan iblis, syaitan dan jin sudah terlebih dahulu menduduki dunia dan
telah menubuhkan kerajaan yang megah di perairan, bahkan sebahagiannya mendiami
di daratan.
Semua
makhluk halus amat menggemari tempat di perairan terutamanya jika ada pertemuan
dua arus, baik sungai mahupun lautan dengan lautan. Ini disebabkan di antara
keduanya terdapat “batas”. Pembatasan kedua aliran berkenaan akan menimbulkan medan magnet yang sangat
disukai oleh makhluk halus.
Dalil
yang menyatakan iblis mempunyai arasy atau kerajaan di atas air adalah
sebagaimana sebuah hadis yang diberitakan daripada Jabir r.a, Nabi S.A.W
bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Iblis itu meletakkan arasynya di atas air, kemudian ia mengutus pasukan
tenteranya dan yang paling dekat mereka dari kedudukan keagungannya adalah
fitnah, salah satu dari mereka datang seraya berkata: “Aku telah kerjakan ini
dan itu. Kemudian dia berkata: “Apa yang telah engkau perbuat tentang sesuatu,
ia menjawab: “Salah satu dari mereka dan berkata: “Tidaklah aku tinggalkan
kepadanya (manusia) sehingga aku boleh memisahkan antara dia dengan
keluarganya, lalu ada yang berkata: “Hendaklah engkau mendekatkan darinya. Atau
ada yang berkata lagi: “Tetapkanlah saja dia” lalu ia berkata: “Betul engkau”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
- Editor: Azmi Mohd. Salleh