KASIHANILAH DAKU
PASIR MAS, KELANTAN: Siapa yang
tidak berasa sedih apabila isteri yang dicintai dan anak yang dikasihi telah
meninggal dan kini dia hanya mempunyai seorang anak saja. Bahkan, dia juga
berasa sunyi apabila hidup seorang diri dalam sebuah rumah uzur, buruk dan hampir roboh, hanya
menunggu masa dan ketikanya saja untuk ranap. Sementelah pula, dia tidak lagi
dapat melakukan kerja-kerja yang pernah dilakukan ketika zaman mudanya
disebabkan masalah kesihatan yang dihadapinya.
Dia kini sekadar dapat duduk dan
baring saja, namun untuk bangun dan berjalan sebagaimana zaman mudanya, dia
tidak lagi berdaya. Dia juga agak hairan, secara tiba-tiba dia diserang lumpuh
yang menyebabkannya tidak mampu untuk bangun. Dia kini hanya memperolehi
bantuan sumbangan serba sedikit dari seorang anaknya termasuk dari jiran-jiran
dan orang-orang kampung berkenaan yang prihatin terhadapnya.
Ketika ditemui Wartawan RELATIF,
Azmi Mohd. Salleh, Awang bin Senik atau Abe
Awang, 65, dari Kampung Bakong, Pasir Mas, Kelantan berkata, dia berpindah
dari kediaman asalnya di kampung yang sama sejak tiga tahun lalu.
Semasa zaman mudanya, dia hanya
bekerja kampung sebagai petani yang mengerjakan sawah padi. Pada ketika itu,
dia sering memperolehi pendapatan yang agak baik iaitu kira-kira RM5,000
sebulan. Malah katanya, jika pasaran padi tidak begitu memberangsangkan, dia
hanya kadang-kadang memperolehi pendapatan kira-kira RM4,000 atau kurang dari
itu. Namun, lazimnya perolehan pendapatan yang diperolehinya hasil mengerjakan
sawah padi adalah sebanyak RM4,000 sebulan.
Selain dari mengerjakan sawah
padi, dia tidak melakukan kerja-kerja lain yang dianggap tidak sesuai dengannya
apatah lagi dengan usianya itu, dia tidak mungkin dapat melakukan kerja selama-lamanya.
Katanya lagi, dalam masa
mengerjakan sawah padi dia mempunyai beberapa ekor lembu. Namun, disebabkan
masalah yang dihadapinya apatah lagi perlukan belanja, kesemua lembu-lembunya
itu terpaksa dijual.
Dia hanya bekerja sebagai petani
hanya dalam tempoh itu berikutan dia mengalami masalah kesihatan yang tidak
mengizinkannya untuk bekerja membanting tulang yang lebih teruk sebagai petani.
“Pakcik berhenti mengerjakan
sawah padi ketika usia 20 tahun. Sejak tempoh itu, pakcik hanya mampu terlantar
sebagaimana sekarang”, ujarnya kepada Wartawan RELATIF.
Masalah kesihatan yang dialaminya
ialah dia tidak dapat berjalan (lumpuh) seluruh tubuh. Akibat daripada penyakit
berkenaan, dia tidak lagi dapat berjalan dan melakukan aktiviti lain sekalipun
untuk membersihkan halaman rumahnya yang dipenuhi daun-daun kayu yang gugur setiap
kali angin bertiup.
“Pakcik mempunyai dua anak saja,
salah seorang telah meninggal. Pakcik sekarang hidup seorang diri. Isteri pula
telah meninggal sejak setahun lalu”, katanya yang kini mempunyai seorang anak
perempuan tetapi telah berkeluarga.
“Walaupun anak perempuan pakcik
tidak tinggal bersama, namun anak pakcik itu tidak pernah mengabaikan pakcik
yang ada di rumah ini”, ujarnya dengan nada sedikit sedih sambil menyapu
wajahnya tanda beliau menangis ketika itu.
Berikutan mengalami masalah
penyakit lumpuh itu, dia tidak lagi dapat mencari pendapatan sendiri dari dari
kerjanya sebagai seorang sebagai pesawah padi seperti
dulu. Beliau yang telah kematian isteri pada tahun lalu kini hanya berharap
kepada bantuan dan sumbangan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
semata-mata untuk meneruskan hidupnya.
Ditanya, adakah cukup dengan
bantuan sebanyak itu dalam tempoh sebulan itu. Dia menjelaskan, tentunya
bantuan BR1M akan diperolehi pada bulan yang berikutnya nanti.
Selain itu katanya, dia turut
menerima bantuan serba sedikit dari anak dan cucunya dalam jumlah antara RM50
dan kadang-kadang RM100.
Membicarakan tentang hari raya
pula, lazimnya setiap hari raya dia dapat sumbangan dari jiran-jirannya dan
orang-orang datang berkunjung ke rumahnya. Dari sumbangan itulah dia berbelanja
secara ala kadar dan berjimat-cermat.
Justeru, dari bicaranya, penduduk
kampung berkenaan memang mengetahui dia mengalami penyakit tersebut dan tidak
pernah menyisihkannya. Kerana itu, dia sering juga menerima tetamu yang datang
menziarahinya semata-mata bertanya khabar tentangnya yang hidup seperti itu
yang tidak lagi dapat melakukan kerja sebagaimana beliau di zaman remajanya.
Awang bin Senik atau Abe Awang.
Awang Senik ketika diwawancara Wartawan RELATIF di kediamannya.
Beginilah keadaan rumahnya yang uzur, sunyi dan menunggu masa untuk roboh.
Tonton Video:
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH