PERUBATAN TRADISIONAL MATA MAKSU ANA
PASIR MAS, KELANTAN: Perubatan
tradisional atau alternatif tidak memerlukan bahan yang banyak atau teknologi
yang canggih semata-mata untuk merawat penyakit yang dialami. Rawatan
tradisional telah mengalami kelaziman penggunaan bahan-bahan yang ada di
sekeliling kita seperti tumbuh-tumbuhan dan herba.
Ini kerana, alam yang di dalamnya
ditumbuhi pelbagai jenis pokok yang mampu merawat kesihatan manusia adalah
anugerah Allah yang tidak ternilai banyaknya. Kemahiran manusia yang bergelar
pengamal rawatan tradisional mengeksploitasi tumbuh-tumbuhan yang ada di
sekitar kita sebagai bahan terbaik untuk merawat penyakit yang dialami manusia telah
diamalkan sejak dulu yang kemudiannya diperturunkan kepada generasi pengamal
rawatan tersebut sehingga hari ini.
Segelintir di kalangan manusia sebenarnya
masih belum faham, tidak mengetahui dan menafikannya secara membuta tuli disebabkan
manusia tidak didasari ilmu dan dalam masa yang sama enggan belajar tentangnya.
Mereka hanya mengenali beberapa jenis ilmu saja, sedangkan ilmu yang ada di dunia
ini tidak terbatas sifatnya. Begitu halnya dengan rawatan tradisional yang
bermula sejak lebih 1,438 tahun lalu yang masih diberikan perhatian oleh
segelintir pengamal rawatan Melayu, sedangkan ilmu rawatan moden baharu sekadar
600 tahun saja.
Malahan masyarakat Melayu di
zaman dulu bukan saja menggunakan kaedah tradisional untuk merawat pelbagai
jenis penyakit kerana pada masa itu masih belum dibina pusat rawatan atau
klinik moden. Mereka hanya menggunakan bahan atau dari sumber alam seperti
kaedah tumbuh-tumbuhan tetapi dalam masa yang sama turut disertai dengan amalan
doa, solat hajat, zikir dan tasbih untuk tujuan memohon supaya Allah
menyembuhkan penyakit yang dialami manusia.
Pelbagai jenis penyakit umpamanya
penyakit urat saraf, resdung, masalah angin dalam badan (sekadar menyebut
beberapa penyakit), diubati secara tradisional. Begitu halnya penyakit mata
yang turut diperkenalkan oleh Pengamal Perubatan Tradisional Mata, Rohana Che Mud atau lebih dikenali Maksu Ana, 48, dari
Kampung Kubang Dapat, Pasir Mas, Kelantan adalah sekadar menggunakan bahan-bahan
asli dan segar dari tumbuh-tumbuhan seperti limau dan air mineral semata-mata untuk
menyembuhkan penyakit mata, selain resdung, medu dan uluran dengan izin Allah.
Ketika ditemui Wartawan RELATIF,
Azmi Mohd. Salleh dan Jurufoto, Mohd. Kamarulbahrin, Rohana Che Mud yang membahasakan
dirinya sebagai Maksu Ana berkata, dia mengamalkan perubatan tradisional mata
sejak 33 tahun lalu. Katanya, dia memperolehi ilmu merawat mata itu sejak
beliau di bangku persekolahan iaitu ketika masih menuntut di Tahun 6 lagi yang
diperolehinya dari arwah bapanya sendiri.
“Maksu mengamalkan perubatan
tradisional ini sejak 33 tahun lalu, sejak maksu berada di bangku persekolahan
di Tahun 6 lagi. Arwah bapa yang mengajarkan ilmu itu”, jelasnya.
Tambah Maksu Ana, kisah bermula
beliau memperolehi ilmu itu ketika bapanya diserang penyakit strok. Ketika
itulah bapanya mengajarkan perihal ilmu tersebut dengan menggunakan bahan-bahan
dari tumbuh-tumbuhan seperti daun, buah dan batangnya.
Dengan kaedah tumbuh-tumbuhan
herba itu menurutnya, bukan saja penyakit mata dapat dirawatnya tetapi
penyakit-penyakit lain seperti resdung, medu dan uluran pun dapat dirawatnya
dengan izin Allah. Keempat-empat penyakit itu beliau mampu merawatnya dengan bahan-bahan
tersebut yang ternyata mempunyai banyak khasiatnya yang asli dan segar.
Ditanya tentang sambutan pesakit
terhadap rawatan yang diperkenalkannya, dia berkata dalam masa dua tahun ini,
kira-kira 15 pesakit yang menggunakan khidmatnya telah menerima rawatan dalam
masa sehari. Katanya, bermulanya cuti persekolahan ramai pesakit yang
bertandang ke rumahnya semata-mata untuk mendapatkan rawatan berkenaan
terutamanya kanak-kanak dan orang dewasa.
Lebih daripada 1,000 pesakit yang
pernah menerima rawatan darinya sejak 33 tahun itu dan beliau bersyukur kerana
dapat berkhidmat kepada pesakit dengan kaedah tradisional.
“Rasanya sudah lebih dari 1,000
pesakit yang maksu rawat. Memang agak ramai juga yang datang”, katanya.
Menurutnya, beliau banyak
menerima maklumbalas daripada setiap pesakit yang dirawatnya yang mendakwa,
kaedah yang diamalkan itu menjadi dengan izin Allah. Tetapi menurutnya ada juga
penyakit yang gagal sembuh, namun dia hanya berikhtiar saja dan yang
menyembuhkannya adalah Allah. Jika Allah izin untuk sembuh, penyakit akan
sembuh dan begitulah sebaliknya.
Membicarakan tentang kaedah
rawatan mata, dia menggunakan tempurung kelapa untuk merawat pesakit mata dalam
pelbagai kategori dengan bantuan sumber tumbuh-tumbuhan seperti limau nipis dan
air mineral. Begitu juga dengan rawatan resdung dan medu, penggunaan limau
nipis iaitu satu bahan yang mudah diperolehi dan tidak memerlukan kos yang
tinggi sebagai kaedah terbaik menurut ilmu yang dipelajarinya.
Katanya lagi, untuk memudahkan
rawatan mata (katarak) dan sebagainya berjalan lancar, beliau meminta pesakit
menyediakan sebotol air mineral dan lapan biji limau nipis sahaja.
Apabila ditanya, bagaimana
pesakit dari tempat lain mengetahui beliau melakukan rawatan berkenaan. Beliau
menjelaskan, kebanyakannya diketahui dari rakan-rakan mereka yang pernah
mendapatkan rawatan darinya dan berita berkenaan tersebar dari mulut ke mulut
dan ada yang turut dimuatkan dalam media sosial seperti Facebook.
Kata Maksu Ana lagi, bukan saja
penduduk tempatan pernah datang ke rumahnya untuk mendapatkan khidmatnya itu tetapi
ada juga penduduk dari daerah-daerah lain di Kelantan. Paling menarik
menurutnya, ramai juga pesakit dari luar Kelantan seperti dari Terengganu,
Pahang, Kedah, Perak dan Kuala Lumpur
yang datang ke kediamannya semata-mata meminta beliau merawat penyakit yang
dialami mereka.
Berhubung tentang bayaran pula, beliau
tidak meletakkan syarat bayaran kepada pesakit yang menerima rawatan darinya tetapi
atas dasar ikhlas dari pesakit dan keluarga pesakit itu sendiri. Beliau berbuat
demikian kerana berasa kasihan melihat derita yang dialami oleh pesakit. Beliau
hanya ingin membantu pesakit yang memerlukan pertolongan tanpa mengeluarkan perbelanjaan
yang tinggi dan tidak masuk akal.
Walau bagaimanapun, ada juga pesakit
yang tidak dikenakan bayaran dengan melihat kepada keadaan pesakit itu sendiri
yang tidak mempunyai pendapatan, jadi dia halalkan saja.
Rohana Che Mud atau Maksu Ana boleh dihubungi di talian: 017-9140907
Rohana Che Mud atau Maksu Ana.
Air mineral dan limau nipis, antara bahan asli yang digunakan untuk merawat mata, resdung, medu dan uluran.
Papan tanda yang diletakkan di hadapan kediamannya.
Tonton Video:
Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH
Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH
MOHD. KAMARULBAHRIN
Bole saya dpt kn no maksu anna ? Sbb no yg ad tu xbole call admin ,
BalasPadam+60 19-680 9252
PadamSalam ..nak minta nom maksu
BalasPadamAskum..boleh sya dpatkn nom tpon maksu
BalasPadammok su ana
Padam+60 19-680 9252
Terbaik ,ikhtiar
BalasPadam